Selasa, November 13, 2007

Fwd: Qan, gejala murtad dan babak-babak penyiksaan ke atas muslim di China

--- In hidayahnet@yahoogroups.com, "Islah Gateway"

Judul : Weil China

Pengarang : Emine Senlikoglu

SUATU masa dulu di China, anak-anak muslim sebegitu mudah menjadi
mulhid (atheist), murtad dan komunis tanpa wujud sebarang tajuk
pelajaran atau subjek bernama 'Atheism' (di Britain, baru-baru ini
timbul ura-ura mewujudkan pelajaran 'Atheism' dalam subjek RE,
Religious Education).

Hal ini disebut dalam bab-bab awal novel karya novelis prolifik
Turki, Emine Senkoglu. Watak utama 'saya' iaitu Qan (disebut Chan,
pada ketika itu berumur 16 tahun) dan abangnya, Turghut berpeluang
melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah berasrama di kota. Ayah
mereka bagaimanapun merasa serba-salah dan bimbang terhadap
kemurniaan akidah remaja-remaja itu.

Kata sang ayah, "Komunis terlalu mahir menipu pemuda-pemudi sekarang
sehinggalah mereka menjadi athies. Ayah terkejut bila mendengar
berita ini daripada seorang kawan. Tak percaya rasanya bagaimana
seorang yang berfaham komunis dan atheis itu tidak tahu bagaimana
mereka boleh terpengaruh dengan fahaman tersebut."

Turghut membidas, "Siapa yang mampu menjadikan kami ini atheis hah?
Kami ini orang islam yang berdarah Turki. Kalau mereka memotong urat
saraf kami akan keluar darah yang mebuakan bahawa kami ini bangsa
turki yang berpegang teguh dengan agama Islam..."

Selang setahun, Qan dan Turghut menjadi murtad! Mereka persoalkan
kewujudan Allah. Mereka memandang hina ke atas Islam dan seluruh
muslim. Di sekolah, mereka tetap belajar mengenai Islam tetapi bukan
untuk mencari kebenaran sebaliknya dengan ruh untuk mencari kesalahan
dan kepincangan melalui diskusi kritis tanpa melandasi al-Quran dan
sunnah.

Mereka juga diajar untuk memusuhi orang-orang yang tidak mendokong
komunis. Siapa saja yang menolak komunis termasuk muslim dan penganut
Buddha dianggap fasis. Hubungan anak dan ibubapa menjadi renggang.
Qan bagaimanapun terasa kehilangan nikmat kasih sayang lebih-lebih
lagi sewaktu menyaksikan Turghut memaki ayahnya sendiri dengan
kalimat 'b**i' dan emaknya sebagai 'perempuan fasis bodoh'. Lalu Qan
persoalkan anutan komunismenya yang kelihatan hebat dengan selogan
yang muluk-muluk tapi tiada nilai kasih-sayang.

Anda mungkin tak percaya anak maki ayah 'b**i', tapi ini kisah benar.
Saya pertama kali mengetahui cerita di kalangan umat Islam di
Turkmenistan ini selepas membaca Muslim Minorities terbitan Rabitah
Alam al-Islami di Arab Saudi pada awal tahun 70-an. Masing-masing
berasa prejudis terhadap adik-beradik dan saudara-mara sendiri yang
barangkali spy atau SB komunis. Solat didirikan secara rahsia seorang
diri dalam bilik terkunci rapat.

Plot dan mesej dalam novel terjemahan ini sungguh kuat dengan.paparan
yang cukup jelas mengenai sikap saling prejudis dan melapah daging
ahli keluarga sendiri. Turghut seperti yang dijangka akhirnya
menjadi 'tukang report'. Adik kandungnya dianggap pengkhianat pejuang
revolusi.

Pada hari berikut, sebuah trak tentera datang. Ayahnya mati selepas
disiksa dan dipaksa sujud kepada Mao. Emak, adik-beradik yang lain
termasuk Qan ditangkap, dipenjara dan disiksa. Orang-orang kampung
(asalnya orang Islam) menendang dan meludah mereka bersama kalimat
caci maki dan carut mencarut.

Seterusnya, lebih separuh daripada novel ini mengandungi babak-babak
penyiksaan yang dialami oleh Qan dari satu penjara ke satu penjara.
Pada peringkat awal, Qan dimasukkan dalam penjara gelap selama lebih
tiga tahun dengan harapan supaya menjadi gila dan lumpuh. Dan,
seluruh pegawai penjara yang menyiksa orang-orang yang thabat dengan
akidah Islam itu asalnya merupakan seorang muslim!

Bagi yang belum pernah mendengar kisah penyiksaan muslim di China
ini, mungkin teruja denyut fikir: Mengapa kisah sedemikian tidak
disebar luas? Saya fikir, kalau disebar luas pun umat Islam gagal
untuk bertindak secara wajar. Mangsa tahanan berbaju merah terang di
Camp X-Ray, Guantanamo Bay, Cuba dapat disaksikan oleh berbilion umat
seluruh dunia. Apa saja tindakan orang Islam terhadapnya?

(540 perkataan)