Senin, November 12, 2007

Fwd: Re: Influencing Islamic Education System - new threat from US

--- In hidayahnet@yahoogroups.com, "islah gateway"
>From: Mohd Khidhir Mohd Khayat
>Subject: [Alumni Hira] PERANCANGAN AMERIKA UNTUK MENGUBAH SUKATAN
>PENDIDIKAN DUNIA ISLAM - (KAMAL HABIB
>
>"Kurikulum pendidikan merupakan salah satu sasaran "interfere" baru
>Amerika untuk mengubahsuai semula mentaliti dan keperibadian orang
>Islam dan Arab. Penguasaan dan pengendalian arah sukatan pendidikan
>ini menurut persepsi barat merupakan salah satu sarana penting dalam
>mengawal dan membuat perubahan dirantau dan daerah tertentu. Ini
>kerana memandangkan pendidikan dengan segala sukatannya
>bertanggungjawab mencanai kesedaran membentuk kaedah, cara berfikir
>dan sahsiah manusia. Dari itu penguasaan
>menyeluruh terhadap sukatan adalah pemangkin yang menjamin gerak
>usaha masa depan untuk mengubah perilaku, sikap, keperibadian dan
>pemikiran selaras dengan tuju hala sukatan yang telah digubal.
>
>Jelas kini Amerika Syarikat sedang bekerja keras untuk mencari jalan
>bagaimana boleh mengawal, memantau sahsiah orang Arab dan Islam
>melalui perubahan sikap dan jatidiri mereka. Oleh kerana disedari
>bahawa sukatan pendidikan agama (Islam), sejarah dan
>Bahasa Arab mempunyai peranan yang besar dalam pembentukan sahsiah
>orang Arab dan orang Islam, maka perumusan semula sukatan berkenaan
>dapat memenuhi matlamat Amerika untuk melahirkan sahsiah atau
>keperibadian baru umat Islam agar tidak mengancam dan
>mencabar ketuanan Amerika Syarikat.
>
>
>
>Selaras dengan itu, pengubahsuaian sukatan agama Islam adalah salah
>satu pendekatan baru Amerika untuk menghalang kemunculan kumpulan
>ala Taliban atau ala Bin Laden. Amerika sudah pun mengusahakan
>pemindaan sukatan pendidikan sekolah-sekolah yang
>pernah melahirkan Taliban di Pakistan dan sukatan pendidikan di
>universiti-universiti Islam di Saudi, bahkan diperingkat pendidikan
>pra-universiti di Mesir umpamanya selesai dikerjakan perubahan
>sukatan pendidikan al-Azhar sebagai usaha untuk mensekularisasikan
>al-Azhar. Kini sedang rancak diusahakan pengubahan sukatan
>pendidikan agama disekolah-sekolah kebangsaan disamping ada cadangan
>agar ditiadakan pendidikan Islam dan diganti dengan mata pelajaran
>kebudayaan Islam yang dipelajari oleh pelajar Islam dan bukan Islam.
>
>Selaras dengan ini akhbar mingguan bebas Mesir menerbitkan ringkasan
>laporan yang disediakan oleh sekumpulan pengkaji politik tersohor
>Amerika yang dikenali sebagai kumpulan G19. Laporan ini telah
>diajukan kepada pasukan Keselamatan Nasional Amerika.
>
>Tajuk laporan tersebut berjudul "Aspek Psikologi Terrorisme Islam".
>Pakar berkenaan telah mencadangkan beberapa resolusi dan cadangan
>yang telahpun diserahkan kepada Presiden Amerika dan telah disetujui
>oleh beliau. Apakah hakikat sebenar laporan yang menggerunkan
>tersebut. Di bawah ini kita perincikan kandungan laporan berkenaan:
>
>Laporan tersebut berpendirian bahawa adalah menjadi kewajiban
>mendesak kini untuk mengujudkan suatu bentuk kerjasama
>yang "binding" atau mengikat antara Amerika dengan
>negara-negara Arab untuk membuat perubahan dalam sukatan pendidikan,
>politik informasi dan saling akur terhadap peranan bersama kedua
>belah pihak. Laporan itu menganggap bahawa gambaran buruk atau imej
>negatif Amerika dan Israel adalah benih dan penyebab
>utama yang menyemarakkan tindakan keganasan. Oleh itu pindaan
>sukatan pendidikan yang menggalakkan perasaan benci terhadap Yahudi
>dan dunia barat umumnya hendaklah dibuat,
>lebih-lebih lagi elemen yang menggalakkan perbuatan keganasan
>seperti konsep jihad yang merangsang orang Islam agar membunuh diri
>mereka, memusnah dan mengganasi setiap orang yang non-muslim menurut
>anggapan laporan berkenaan.
>
>Laporan tersebut mendedahkan bahawa tujuan kempen menyeluruh Amerika
>menentang keganasan ialah untuk memungkin Amerika mencorakkan
>generasi akan datang untuk selama sepuluh tahun. Dan ini bermakna
>kempen tersebut hanyalah penenang sementara. Akan
>tetapi usaha merubah sukatan pendidikan diperingkat rendah lagi
>adalah usaha yang boleh menjamin ketiadaan lahirnya generasi
>pengganas.
>
>Kajian tersebut menegaskan bahawa setiap putaran masa selama 15
>tahun akan melahirkan generasi yang ganas. Nampaknya generasi
>berikutnya lebih ganas dari generasi sebelumnya. Sebabnya menurut
>laporan itu ialah kitab suci (al-Quran) orang Islam.
>Terdapat halangan teknikal yang jelas untuk meminta atau mendesak
>kerajaan (Islam) berkenaan untuk meminda al-Quran. Namun boleh
>dicari pakar-pakar rujuk agama yang
>mampu menampilkan tafsiran baru yang berbeza dengan tafsiran
>sebelumnya yang boleh membantu perlaksanaan perancangan Amerika.
>
>Kajian itu berpendapat negara seperti Mesir Saudi mempunyai pengaruh
>yang besar dalam hal ini. Manakala peranan negara Arab yang lain
>agak kurang dan bersifat pinggiran. Saudi mempunyai pengaruh
>keagamaan yang kuat, manakala Mesir pula kerana merupakan
>negara Arab yang mempunyai populasi penduduk yang lebih besar dan
>mempunyai institusi pendidik Al-Azhar maka ia sarat dengan berbagai
>polimek dan pertentangan pemikiran agama. Kajian tersebut
>mencadangkan agar di halang keberkesanan Al-Quran melalui cara
>berikut:
>
>Memaksa golongan pakar rujuk dan pendidik agama dan agar memusatkan
>pengajaran dalam hal–hal ibadat sahaja agar agama itu berkisar
>sekitar hubungan individual dengan Tuhan dan tidak menyentuh soal-
>soal yang berkaitan dengan pembangunan umat, sahsiah atau isu
>mempertahankannya.
>
>Keperluan pendekatan bertahap dalam menangani sukatan pendidikan
>agama di Mesir dan dunia Arab. Bermula dengan pendidikan di
>peringkat rendah tetapi berubah menjadi mata
>pelajaran budaya agama dengan menekankan keutamaan agama Yahudi,
>Kristian dan Islam, keperluan menjelaskan peranan semua agama dalam
>membangunkan tamadun manusia.
>
>Meminda topik dan tema–tema pelajaran mutala'ah dan kajian teks
>dalam mata pelajaran bahasa Arab kerana didapati topik-topik yang
>ada sekarang menggalakkan kebencian kepada orang lain. Ia juga
>merangsang pelajar agar mengingati sejarah perjuangan
>berdarah melawan atau memerangi orang lain; hal mana menyebabkan
>kanak-kanak berkenaan kurang berkerjasama dengan pihak yang mereka
>anggap sebagai musuh.
>
>Kemestian mengubah sukatan sejarah, menitikberatkan sejarah ilmu,
>revolusi sains dan adat istiadat. Menghindar tajuk–tajuk tentang
>peringkat peringkat sejarah penjajahan ataupun memaparkan para
>pembunuh sebagai wira dan syuhada'. Sebaliknya perlu
>ditegaskan nilai–nilai dan reputasi positif peradaban barat dan
>peranan utamanya dalam mempengaruhi bangsa Arab dan umat Islam.
>
>Melatih dan mendidik semula para guru, para pemuka yanag
>bertanggungjawab tentang pendidikan mengenai konsep–konsep baru ini;
>sehingga dapat disalurkan kepada para pelajar dengan sebaiknya
>dengan cara membawa mereka ke Amerika untuk dikursuskan sehingga
>dapat menyesuaikan diri dengan konsep dan pemikiran baru tersebut
>
>Menghapuskan trend menaqal dan patuh disamping menjadikan ajaran
>agama berasaskan rasional berpandukan daya ta'aqqul dan keengganan
>mematuhinya. Kajian itu menegaskan lagi kekuatan yang diperolehi
>oleh kumpulan Islam di Mesir dan di Algeria adalah kerana
>indoktrinasi faham naqal dan patuh kepada kitab suci (al-Quran) dan
>sunnah Nabi. Kajian itu memaparkan bahawa dalam peringkat rendah
>atas murid-murid mengalami perubahan psikologi tertentu. Oleh itu
>proses ini mesti di tangani untuk dipantau sehingga dapat dielakkan
>golongan itu dari dieksploitasi oleh terorist. Iaitu melalui
>perubahan sukatan pendidikan yang dapat merenggut sikap pemusuhan
>dikalangan pelajar dan membentuk sikap kerjasama.
>
>Peringkat menengah adalah peringkat di mana anak anak para pengikut
>semua agama mula mempelajari agama mereka secara berasingan. Dalam
>peringkat ini, konsep ibadat dan kisah-kisah sejarah hendaklah
>dititikberatkan khasnya di dalam menangani kesilapan yang lumrah
>dalam mendekati aspek-aspek provokatif di dalam Islam itu sendiri
>(seperti konsep jihad, syahid, perjuangan, al-wala' dan sebagainya)
>
>Di dalam peringkat universiti, ditiadakan kursus-kursus mengenai
>agama. Apa yang diperlukan ialah menyusun program kerjasama antara
>universiti untuk memahamkan para pelajar tentang dunia barat. Dalam
>peringkat ini perlu ditekankan penonjolan model budaya Amerika,
>khasnya dalam bidang (consumerzisme)
>
>Manakala konsep ta'wil (interpretation) hendaklah dimanafaatkan
>untuk merumuskan terminologi agama yang baru dalam setiap prinsip
>dan asas-asas agama Islam, khasnya yang berkaitan dengan proses
>berinteraksi dengan dunia barat. Interpretasi serta
>ta'wil yang berkenaan hendaklah bersifat positif sejajar dengan
>kefahaman agama ala Amerika yang baru. Kajian tersebut juga
>menekankan bahawa perancangan ini hendaklah
>merupakan sebahagian daripada hubungan strategik Amerika dengan
>dunia Arab. Protokol-protokol bilateral berkenaan perkara ini dengan
>dunia Arab hendaklah di tandatangani dalam rangka menangani
>terorisme di samping menangkis dakwaan bahawa perancangan seperti
>ini merupakan usaha masuk campur dalam urusan dalaman atau
>penceborohan terhadap kedaulatan nasional justeru "Kempen
>Antarabangsa Menangani Terorisme Amerika" memastikan perkara ini.
>Kajian itu juga menolak wujudnya sebarang
>negara agama atau negara yang menjadikan agama sebagai rujukan
>dengan alasan negara seperti itu boleh menjadi arena berkembangnya
>kumpulan kumpulan Islam yang mencabar hegemoni
>kuasa Amerika Syarikat.
>
>Inilah perancangan Amerika yang baru untuk membina persepsi agama
>yang baru dari perspektif Amerika. Pengertian agama yang baru ini
>akan menjadi asas dan tiket untuk masuk ke gerbang dunia moden serta
>ikut serta dalam kelompok dunia barat dan Amerika. Perancangan ini
>bukan suatu omong kosong atau angan-angan tetapi ia merupakan pola
>yang terhidang diatas meja persidangan para ilmuan dan diterjemahkan
>tuntutannya dalam realiti. Oleh itu ternyata jatidiri Islam masa
>kini menghadapi ancaman yang amat
>serius; hal mana memastikan umat Islam bersikap awas dan bersiap
>siaga menghadapi bencana serta konspirasi yang sedang disiapkan oleh
>musuh untuk memerangkap mereka. Mereka seharusnya sentiasa peka
>serta sedia menjawab tantangan yang sangat merbahaya
>pada masa kini.