Senin, November 12, 2007

Fwd: [TN] Israel Pindahkan Yahudi Ethiopia ke Negaranya Minggu Depan

--- In hidayahnet@yahoogroups.com, "Islah Net"

ETHIOPIA, 9/1/2004 - Massej Online - Menteri Luar Israel Silvan
Shalome mengumumkan bahawa negaranya merancang untuk memindahkan
kesemua Yahudi Al-Falasha dari Ethiopia dan bilangan mereka seramai
kira-kira 18,000 orang ke Israel bermula minggu depan.

Shalome berkata di akhir lawatannya selama dua hari ke Ethiopia "Kami
mahu memindahkan kesemua Al-Falasha yang masih ada ke Israel, kami
percaya mereka mesti tinggal di Israel."

Dari pihak Menteri Luar Ethiopia Siyom Maspien berkata, walaupun Addis
Ababa mengesahkan hak Yahudi Ethiopia untuk pergi ke mana-mana tempat
di dunia ini, tetapi kerajaannya tidak mahu pemergian mereka membentuk
hijrah berkumpulan kali ini.

Semasa lawatan Shalome ke Ethiopia untuk meninjau keadaan Yahudi
Al-Falasha, di mana beliau telah melawati wilayah Gonder, barat laut
Ethiopia untuk bertemu dengan Falasha Moura, golongan Yahudi yang
menuntut untuk berhijrah ke Israel.

Menurut sumber yang bertanggungjawab di Kementerian Luar Israel,
rundingan Menteri Israel dengan Presiden Ethiopia Jarma Wold Jourjas,
Perdana Menteri Milis Zinawi serta menteri Luar di Addis Ababa
bertumpu pada kemampuan memulakan semula hijrah golongan Al-Falasha ke
Israel.

Majoriti Falasha Moura tidak dibenarkan berhijrah ke Israel kerana
kegagalan mereka membuktikan asal usul Yahudi mereka walaupun
kebanyakan mereka mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Yahudi
Ethiopia yang telah berhijrah ke Israel.

Ini berlaku di dalam dakwaan bahawa golongan Falasha Moura telah
dipaksa menukarkan agama mereka ke agama Kristian pada kurun ke-19.
Kira-kira 20 ribu golongan itu menetap di Addis Ababa dan wilayah
Gonder dan menuntut mendapat faedah dari apa yang dinamakan "hak untuk
kembali" yang dibenarkan kepada setiap Yahudi di luar Israel untuk
menetap di dalamnya (Israel).

Gelombang hijrah yang terakhir secara berkumpulan oleh golongan
Falasha ke Israel ialah pada tahun 1991 dimana Tel Aviv telah menyusun
penerbangan udara untuk memindahkan kira-kira 15 ribu daripada mereka.
Pada bulan Februari tahun 2003, Ethiopia telah menghentikan rancangan
untuk memindahkan 20 ribu golongan Falasha Moura dengan menegaskan
bahawa Hijrah secara berkumpulan tidak terdesak (Dharuri) sekarang ini
dan mereka boleh meninggalkan negara itu secara normal.

--- End forwarded message ---